Salam dan selamat ptg shbt pencarum seluruh Malaysia..
Untuk elak salah faham, penjelasan ini dibuat.
Beberapa komen menyatakan seolah-olah tuntutan pengeluaran KWSP ini berpunca daripada sikap pencarum yang tidak matang atau tidak mahu menabung.
Ada tanggapan bahawa pencarum sepatutnya hanya menunggu umur persaraan tanpa mengambil kira tekanan hidup semasa.
Hakikatnya, isu yang dibangkitkan bukan galakan berbelanja atau menghabiskan simpanan KWSP, dan bukan juga menyalahkan sistem simpanan persaraan.
Sebaliknya, ia menyentuh realiti sebahagian pencarum yang kini tertekan akibat kos sara hidup, hutang berfaedah tinggi dan ketiadaan bantuan mencukupi.
PGIRM tidak menuntut pengeluaran besar-besaran, tetapi pengeluaran Akaun 1 secara bersasar, sementara dan terkawal, supaya pencarum tidak terus terjerumus ke pinjaman berisiko.
Matlamatnya ialah memastikan simpanan hari tua terus dilindungi, sambil membantu pencarum bertahan pada masa kini.
Perbincangan ini bukan soal menyalahkan pencarum atau menolak simpanan persaraan, tetapi mencari jalan seimbang supaya pencarum terdesak tidak terus terperangkap dalam hutang berisiko.
Sekian,Terima kasih.
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

β€57π€8π₯1π’1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
KENYATAAN PENUH DI ππΌππΌππΌ
https://www.facebook.com/share/p/1CZsjSt8x3/
https://vt.tiktok.com/ZSacW8j93/
https://youtube.com/shorts/pJQ4wVW6soo?si=MkuhvvZ_Uld3pGVo

π₯28
Perkembangan Terkini..
Selamat pg shbt pencarum seluruh Malaysia..
Utk makluman semua awal pagi ini jam 3.22pg Pengerusi PAC YB Datuk Mas Ermiyati wasap sy memaklumkan perkara ini,in sha allah Timb.Presiden PGIRM akn hubungi PA PAC utk aturkan pertemuan.
Sekian,harap maklum.

π59β€7π’3π₯1π±1
Salam shbt pencarum seluruh Malaysia..
Mohon kerjasama shbt pencarum masuk page iniππ dan komen luahkan segala permasalahan dgn cara bermaruah bkn dgn emosi extream dan maki hamun tanpa sempadan
https://www.facebook.com/share/1HiWUKNxMJ/?mibextid=wwXIfr
Sekian,terima kasih.

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
β€22π₯3π’2
Fikir masak-masak sebelum alih simpanan daripada KWSP - Pensyarah https://share.google/XWRo5f0YF4xnIF6pE
Harian Metro
Fikir masak-masak sebelum alih simpanan daripada KWSP - Pensyarah | Harian Metro
Kuala Lumpur: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran berfikir βmasak-masakβ sebelum mengeluarkan simpanan persaraan untuk dilaburkan ke dalam unit amanah.
β€16π₯3
TAMPAK SANGAT SIAPA YANG BETUL-BETUL TERDESAK, SIAPA YANG CUMA MENUNGGU TUAH
Saya viralkan artikel Malaysiakini tentang mangsa skim βpinjam dulu, bayar masa keluar KWSPβ.
Saya minta pencarum yang terdesak masuk komen.
Saya minta yang terlibat ahlong, pinjaman haram, hutang menekan β bersuara.
Hasilnya? 42 komen sahaja.
Sedangkan yang mengikuti page FB PGIRM ini ratusan ribu orang.
Jadi saya tanya terus, tanpa berlapik:
π Adakah kamu benar-benar terdesak, atau sebenarnya selesa berdiam diri?
π Adakah kamu benar-benar susah, atau sekadar menunggu hari lulus untuk keluarkan duit dan bergembira?
Jika benar kamu:
β Terhimpit hutang
β Dikejar ahlong
β Pinjam RM2,000 tetapi bayar RM7,000
β Hidup tidak lena kerana KWSP terkunci
Mengapa kamu senyap apabila diminta bersuara?
Perjuangan ini bukan magik.
Ia tidak bergerak dengan like, share senyap, atau doa dalam hati sahaja.
Jika apabila diminta komen pun kamu tidak berani,
bagaimana kerajaan mahu percaya ini masalah besar dan mendesak?
Jangan marah apabila orang berkata:
βYang bising cuma segelintir.β
Kerana bukti hari ini memang menunjukkan begitu.
Ini bukan soal saya.
Ini soal kamu sendiri masa depan simpanan, maruah, dan kehidupan kamu.
Jika kamu masih memilih menunggu orang lain bersuara bagi pihak kamu,
jangan salahkan sesiapa apabila akhirnya kamu yang tertinggal.
Saya sudah buat bahagian saya.
Sekarang, tanya diri sendiri: kamu buat apa?

π’22β€3π₯3π€2
Forwarded from Malaysiagazette
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan kompleks beli belah, Sogo selepas cuba mencetus provokasi.
#MalaysiaGazette
#MalaysiaGazette
π9π±1
Utk makluman sy terima DM yg hampir serupa dr beberapa org pencarum ttg status sy mengenai artikel Malaysia kini minta pencarum beri komen meluahkan dan sy trigger DM iniππ
"Knp pgirm nk mendesak pencarum utk lakukan apa saje pelan tindakan pgirm? Suka hati pencarumlah nk ikut atau tidak! Biar saje kerajaan melihat dan menilai sendiri keperitan pencarum"
Jawapan balas sy secara umum ππ
PGIRM tidak memaksa sesiapa; setiap cadangan pelan tindakan hanyalah alat untuk memudahkan suara pencarum disampaikan kepada pihak berkuasa, dan pilihan untuk ikut atau tidak tetap di tangan pencarum sendiri, sambil memastikan isu sebenar mereka dilihat dan ditangani secara serius.

β€24π4π’2
KWSP Bukan Masalahnya, Kos Hidup Hari Ini Menewaskan Simpanan | DagangNews - Berita Bisnes Anda https://share.google/78eNMlBt8kDjly7BC
DagangNews
KWSP Bukan Masalahnya, Kos Hidup Hari Ini Menewaskan Simpanan
Malaysia mungkin sedang menghampiri gelombang persaraan paling mahal dalam sejarahnya tanpa benar-benar menyedarinya. Petunjuknya sebenarnya jelas setiap tahun. Setiap kali KWSP mengumumkan dividen, negara bertindak seolah-olah satu peristiwa besar telahβ¦
KENYATAAN MEDIA PGIRM
Kos Hidup Hari Ini Menekan Simpanan Pencarum β KWSP Bukan Masalahnya
Kuala Lumpur, 8 Februari 2026
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) ingin menjelaskan kedudukan berhubung laporan media bertajuk βKWSP Bukan Masalahnya, Kos Hidup Hari Ini Menewaskan Simpananβ (DagangNews, 7 Feb 2026).
Beberapa kenyataan media sebelum ini oleh PGIRM telah menekankan bahawa masalah sebenar pencarum bukan KWSP sebagai institusi, tetapi kos hidup yang meningkat dan tekanan kewangan harian yang menjejaskan simpanan mereka. Laporan oleh DagangNews (7 Feb 2026) dan Malaysiakini turut memetik suara PGIRM yang mengingatkan bahawa pencarum terdesak terpaksa mencari jalan keluar, termasuk pinjaman berlesen atau ahlong, kerana dasar pengeluaran KWSP yang terlalu ketat.
PGIRM menegaskan bahawa:
KWSP tetap berfungsi sebagai tabung simpanan persaraan, bukan punca masalah kewangan harian.
Tekanan kos hidup semasa β bil, sewa, pendidikan, keperluan harian β menyebabkan ramai pencarum tidak mampu menunggu sehingga umur pengeluaran rasmi.
Oleh itu, PGIRM menuntut pengeluaran bersasar dari Akaun 1 KWSP bagi pencarum terdesak, sebagai langkah perlindungan kewangan dan pencegahan pinjaman berlesen/ahlong.
Sebagai contoh, hasil penyelidikan PGIRM dan laporan media menunjukkan bahawa pencarum yang terdesak terpaksa membayar balik jumlah jauh lebih tinggi daripada jumlah pinjaman asal kerana sistem pinjaman yang mencekik, sekaligus menjejaskan kehidupan harian mereka.
PGIRM menyeru kerajaan untuk menyediakan mekanisme pengeluaran bersasar yang membolehkan pencarum tertekan memenuhi keperluan hidup mereka tanpa merosakkan simpanan persaraan.
Dasar yang adil perlu seimbang: melindungi simpanan masa depan pencarum sambil menangani masalah kos hidup semasa.
Rujukan media:
DagangNews: https://share.google/78eNMlBt8kDjly7BCοΏ½
Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/767152οΏ½
Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

π₯23β€5π±2π’1
LUAHAN BERFAKTA | UNTUK DIREKOD & MUHASABAH BERSAMA
Saya ingin merekodkan satu perkara secara jujur dan berfakta.
Apabila ruang media dibuka dan wartawan bersedia untuk mendengar suara pencarum, saya hanya memerlukan tiga (3) orang pencarum yang benar-benar terdesak untuk tampil berkongsi pengalaman bukan untuk sensasi, tetapi bagi menguatkan hujah awam yang selama ini kita suarakan.
Ruang itu telah dibuka.
Perlindungan identiti telah dijelaskan.
Tiada kos, tiada risiko politik, tiada agenda tersembunyi.
Namun, tiada seorang pun tampil ke hadapan.
Sedangkan halaman ini mempunyai ribuan pengikut, dan hampir setiap hari kita membaca luahan tentang tekanan hidup, hutang yang menekan, pinjaman tidak berlesen, serta kesempitan kewangan yang semakin parah.
Catatan ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak.
Ia ditulis semata-mata untuk merekod satu realiti yang perlu diakui bersama:
β‘οΈ Perjuangan awam tidak bergerak dengan sokongan senyap semata-mata.
β‘οΈ Tekanan dasar memerlukan suara sebenar, bukan hanya angka pengikut atau komen berkala.
β‘οΈ Peluang yang dibuka tetapi tidak digunakan, akhirnya akan direkodkan sebagai peluang yang telah diberi dan berlalu.
Saya akan teruskan usaha ini dalam kapasiti yang termampu.
Namun selepas ini, pendekatan akan lebih berasaskan rekod, data dan fakta, bukan lagi bergantung kepada rayuan emosi atau harapan sokongan spontan.
Ini bukan soal siapa kuat atau siapa lemah.
Ini soal keberanian kolektif untuk berdiri apabila ruang telah dibuka.
Catatan ini dibuat tanpa dendam, tanpa ugutan, tanpa niat memecah-belahkan.
Ia sekadar rekod jujur untuk muhasabah bersama dan untuk sejarah perjuangan ini.

β€28π9π±2π’1
KENYATAAN RASMI
PERJUANGAN DITANGGUH BERSYARAT
Salam dan selamat pagi sahabat pencarum seluruh Malaysia.
Untuk makluman semua, selepas dinilai, dikaji dan diperincikan secara menyeluruh, saya membuat keputusan bahawa perjuangan berkaitan isu KWSP ini DITANGGUH buat sementara waktu.
Penangguhan ini bukan kerana takut, lelah atau berundur, tetapi kerana perjuangan ini tidak boleh dan tidak wajar diteruskan secara bersendirian.
Isu KWSP melibatkan ratusan ribu pencarum dan menuntut penglibatan, komitmen serta kesepaduan dari bawah bukan sekadar sokongan berbentuk kata-kata.
Hakikat yang perlu diterima bersama:
Sokongan yang konsisten dan bersatu tidak pernah benar-benar wujud
Ramai memilih untuk menunggu
Ramai berpuas hati dengan penyelesaian sementara
Dan akhirnya, suara pencarum kekal berpecah
Atas faktor kesihatan, kekangan sumber dan ketiadaan sokongan berstruktur, saya tidak akan meneruskan sebarang tindakan lanjut buat masa ini.
Namun, saya ingin menegaskan bahawa perjuangan rakyat tidak mati. Ia hanya akan disambung semula apabila wujud:
Penglibatan pencarum yang jelas dan bertanggungjawab
Komitmen bersama yang konsisten, bukan bermusim
Kesediaan untuk bergerak secara tersusun, bukan bergantung kepada seorang individu
Sehingga syarat-syarat ini wujud, jika tidak penangguhan ini kekal.ππ
Terima kasih kepada semua yang memahami dan menghargai usaha ini.
Saya mendoakan agar semua pencarum diberikan jalan keluar terbaik dan keselamatan dalam menghadapi cabaran hidup.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Sekian.
Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia

β€28π’19π1
# Soalan Lazim (FAQ)
FAQ ini disediakan sebagai penjelasan terbuka kepada pencarum yang kecewa, keliru atau marah susulan penangguhan tuntutan. Ia bukan bertujuan mempertahankan mana-mana pihak, tetapi untuk meletakkan realiti perjuangan ini secara jujur dan berfakta.
Penangguhan ini telah membuka banyak salah faham seolah-olah kerajaan menang, rakyat setuju, atau individu tertentu harus dipersalahkan. Hakikatnya, isu ini jauh lebih besar dan melibatkan tanggungjawab bersama.
FAQ ini bertujuan menutup naratif salah, menenangkan emosi, dan mengembalikan fokus kepada punca sebenar: keperluan kesatuan pencarum.
1. Adakah penangguhan ini bermaksud kerajaan menang?
Tidak.
Penangguhan bukan kemenangan kerajaan dan bukan persetujuan rakyat. Ia berlaku kerana perjuangan tidak boleh diteruskan secara berkesan tanpa sokongan kolektif pencarum yang jelas dan tersusun.
Diam bukan tanda setuju.
2. Jadi adakah rakyat sudah menerima keputusan ini?
Tidak.
Rakyat belum menerima tetapi realitinya, ramai masih memilih untuk menunggu dan melihat, bukan bergerak bersama. Selagi kesatuan pencarum tidak wujud, suara tuntutan akan sentiasa mudah dilemahkan.
3. Kenapa individu yang bersuara ini dituduh βlantik diri sendiriβ?
Perjuangan hak rakyat tidak memerlukan jawatan rasmi.
Sejarah membuktikan perubahan sering dimulakan oleh individu biasa yang berani bersuara. Isu sebenar bukan siapa yang bercakap, tetapi sama ada rakyat bersedia menyokong dan bergerak bersama.
4. Betul ke konten ini sebab takut, dapat amaran, atau disenyapkan?
Tiada bukti sahih untuk dakwaan sedemikian.
Naratif ketakutan hanya mengalihkan fokus daripada isu sebenar:
kenapa sokongan pencarum masih lemah dan tidak tersusun.
Menakut-nakutkan rakyat bukan hujah.
5. Kalau begitu, kenapa tuntutan tidak diteruskan walaupun ramai kecewa?
Kekecewaan sahaja tidak mencukupi untuk menggerakkan perubahan.
Perjuangan memerlukan:
- Sokongan terbuka
- Penyertaan berterusan
- Kesediaan menanggung risiko bersama
Tanpa ini, perjuangan akan sentiasa bergantung pada individu dan akhirnya terhenti.
6. Adakah ini bermakna tiada lagi wakil untuk pencarum bersara?
Wakil tidak pernah hilang.
Yang hilang ialah gerakan bersama yang menyokong wakil tersebut. Selagi pencarum menyerahkan sepenuhnya kepada individu tanpa penglibatan sendiri, kekecewaan akan berulang.
7. Kerajaan takkan jadi lebih selesa ke bila tuntutan ditangguhkan?
Kerajaan hanya selesa apabila rakyat benar-benar berdiam diri dan melupakan isu.
Selagi isu ini terus dibincangkan, difahami dan disedari, tekanan moral tetap wujud cuma belum diterjemahkan dalam bentuk gerakan kolektif.
8. Siapa sebenarnya yang perlu dipersalahkan dalam isu ini?
Bukan kerajaan semata-mata. Bukan individu yang bersuara.
Isu ini mencerminkan kelemahan kesatuan pencarum secara keseluruhan.
Perubahan hanya berlaku apabila pencarum sendiri sanggup bangkit bersama.
9. Jadi apa langkah seterusnya?
Fokus perlu beralih daripada:
- Menyalahkan individu
- Menyebar ketakutan
- Menunggu βpenyelamatβ
Kepada:
- Kesedaran bersama
- Sokongan terbuka
- Penglibatan kolektif pencarum
10. Kesimpulan ringkas
Penangguhan ini bukan penamat. Ia cerminan realiti. Hak pencarum hanya boleh dipertahankan apabila pencarum sendiri bersedia untuk bersatu dan bertindak bersama.

π’24β€3π₯1
Assalamualaikum dan selamat malam.
Sejak kebelakangan ni, saya dapati ramai yang berkomen di sosial media berkenaan dividen kwsp dimasukkan kesemua ke akaun 3 fleksibel.
Dengan ini PGIRM menegaskan bahawa posting mengenai penangguhan tuntutan sementara, ramai yang mengatakan bahawa TIADA HARAPAN lagi dividen KWSP akan dimasukkan ke akaun fleksibel. Untuk makluman semua, usul yang dibawa hanyalah usul dan pihak kerajaan mahupun kwsp belum memaklumkan sebarang keputusan tentangnya. Jadi tak perlu dianggap dividen akan diagih lebih ke akaun 3 SELAGI PIHAK KERAJAAN TAK MEMAKLUMKAN APAΒ²..
Saya ingin menegaskan bahawa pihak PGIRM HANYA MEMBAWA USUL kepada pihak KWSP supaya keseluruhan dividen dapat dimasukkan ke akaun fleksibel agar dapat meringankan sedikit bebanan pencarum yang amat memerlukan bagi menyara kos sara hidup yang agak tinggi.

π50β€8π±3
PGIRM Perjelas Cadangan Dividen Bersasar KWSP
PGIRM ingin menegaskan bahawa cadangan memindahkan dividen KWSP ke Akaun Fleksibel bukan untuk semua pencarum. Ia bersasar, khusus bagi pencarum yang benar-benar terdesak akibat kos sara hidup dan komitmen kewangan.
Mekanisme ini melibatkan had peratusan dividen, syarat kelayakan jelas, permohonan sukarela, dan penilaian impak kewangan agar kestabilan KWSP tetap terjamin.
PGIRM menegaskan:
ini bukan longgarkan sistem, tetapi mencari keseimbangan antara keperluan hari ini dan keselamatan persaraan masa depan.
Sekian, terima kasih.
Rujukan artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/767819/suara-sinar/analisis-sinar/syor-dividen-kwsp-ke-akaun-fleksibel-kurang-relevan

π29β€3π₯1π’1
KENYATAAN MEDIA
PGIRM Perjelas Cadangan Dividen Bersasar KWSP, Ambil Maklum Artikel Sinar Harian
Tarikh: 12 Februari 2026
Kua Lumpur
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merujuk kepada artikel analisis yang disiarkan oleh Sinar Harian bertajuk βSyor dividen KWSP ke Akaun Fleksibel kurang relevan.β
PGIRM menghormati pandangan yang diketengahkan serta memahami kepentingan mengekalkan fungsi utama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dana simpanan persaraan jangka panjang.
Sehubungan itu, adalah penting untuk diperjelaskan bahawa cadangan yang dibangkitkan oleh YB Datoβ Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat serta pendirian PGIRM bukanlah menuntut agar keseluruhan dividen KWSP diagihkan ke Akaun Fleksibel untuk semua 16 juta pencarum.
Sebaliknya, cadangan tersebut bersifat bersasar, terkawal dan berasaskan prinsip keseimbangan dasar, khusus kepada pencarum yang benar-benar berada dalam keadaan terdesak akibat tekanan kos sara hidup dan komitmen kewangan semasa.
Cadangan Mekanisme Bersasar
Bagi memastikan kestabilan dana KWSP tidak terjejas, PGIRM mencadangkan pendekatan berikut:
1. Had Peratusan Terhad
Pemindahan dividen ke Akaun Fleksibel dihadkan kepada peratus tertentu sahaja (contohnya 20%β30% daripada jumlah dividen tahunan pencarum yang layak).
2. Kriteria Kelayakan Jelas
Kemudahan ini hanya dibuka kepada pencarum yang memenuhi syarat tertentu seperti:
Pendapatan isi rumah di bawah ambang tertentu
Kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan yang disahkan
Tunggakan komitmen asas seperti perumahan dan utiliti
Keperluan kecemasan perubatan atau situasi mendesak yang munasabah
3. Permohonan Secara Sukarela
Tiada pemindahan automatik. Hanya pencarum yang memohon dan lulus tapisan layak menerima kemudahan ini.
4. Had Kekerapan dan Tempoh Dasar
Pelaksanaan boleh dihadkan kepada sekali setahun atau bagi tempoh dasar tertentu, tertakluk kepada penilaian semula.
5. Penilaian Impak Kewangan
Pelaksanaan hendaklah tertakluk kepada penilaian aktuari bagi memastikan kecairan serta pulangan dana KWSP kekal stabil.
Pendirian PGIRM
PGIRM menegaskan bahawa:
KWSP mesti kekal sebagai instrumen simpanan persaraan yang mampan dan berdisiplin.
Fleksibiliti perlu dilaksanakan secara terkawal dan berhemah.
Dasar awam wajar mengambil kira tekanan ekonomi semasa tanpa mengorbankan keselamatan kewangan masa hadapan.
Isu ini bukan soal melonggarkan sistem secara menyeluruh, tetapi mencari keseimbangan antara kelangsungan hidup hari ini dan jaminan masa depan.
PGIRM mengalu-alukan perbahasan yang berfakta dan konstruktif dalam ruang media sebagai sebahagian daripada proses memperkukuh dasar awam negara.
Rujukan Media:
Sinar Harian, βSyor dividen KWSP ke Akaun Fleksibel kurang relevan.β
https://www.sinarharian.com.my/article/767819/suara-sinar/analisis-sinar/syor-dividen-kwsp-ke-akaun-fleksibel-kurang-relevanοΏ½
Yang benar,

Sinar Harian
Syor dividen KWSP ke Akaun Fleksibel kurang relevan
DIVIDEN KWSP telah dikreditkan ke Akaun Fleksibel . Contoh...Pasti ramai yang akan tersenyum apabila dividen KWSP telah dikreditkan ke Akaun...
β€31π’4π₯2