"AKAUN FLEKSIBEL BUKAN JALAN KELUAR - 1 JUTA PENCARUM MASIH TERPINGGIR"
Kerajaan mendakwa pengeluaran bersasar tidak lagi relevan selepas wujud Akaun Fleksibel KWSP. Tapi realitinya lebih sejuta pencarum langsung tidak mendapat manfaat!
Mereka bukan malas, tetapi kini hilang pekerjaan, tiada caruman baharu dan tiada baki dalam Akaun 2 untuk dipindahkan. Ramai antara mereka ialah kehilangan pekerjaan,suri rumah, pesakit dan rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup tinggi.
Kami menegaskan, isu ini bukan sekadar kewangan ini soal kemanusiaan dan keadilan sosial. Kerajaan perlu mendengar suara rakyat yang telah bertahun bersabar menanti penyelesaian sebenar.
πͺπ₯πͺ Demi Suara Pencarum Rakyat Malaysia
P/S SY PERLUKAN KERJASAMA JITU,TOLONG SHARE SEBERAPA BYK YG BOLEH ATAU BUAT KONTEN DI TIKTOK! TINDAKAN SELANJUTNYA SY SDG RANGKA UTK TINDAKAN KEPIMPINAN TERTINGGI

π₯86β€36π’4π1
Salam dan slmt ptg shbt pencarum seluruh Msia, jom kita sama2 membaca dan mengkaji. Sy sdg memetik beberapa perkara yg boleh dikaitkan dgn Tuntutan KSWP dan msh mengkaji supaya penjelasannya nnt x mudah di counter. Apa2 pun shbt perlu vaca dan kaji sama dan berikan outcome, boleh?
https://www.whitehouse.gov/briefings-statements/2025/10/agreement-between-the-united-states-of-america-and-malaysia-on-recipricol-trade/

The White House
Agreement Between the United States of America and Malaysia on Reciprocal Trade
Preamble The Government of the United States of America (βUnited Statesβ) and the Government of Malaysia (βMalaysiaβ) (hereinafter referred to
π₯26β€6π’1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ahli REFORMASI yg Tulenππ ....Terbaikkkk
π65π9π₯5β€3
Kena kipas lipas skitπ€π€
In sha allah ptg nnt sy akn hubungi beliau utk dptkan penglibatan beliau bg Tuntutan akaun 1 ini..
P/S bila la sy nk keluar Wad ni,nk tggu sembuh tak tahu berapa lama so kena gerak skg walaupun payah...Tak sabar dah nk g Parlimen...Xleh nk tunda2 dahππ

π₯55β€11π’6
KENYATAAN MEDIA RASMI
PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)
Tarikh: 28 Oktober 2025
Untuk Siaran Segera
PGIRM Kecewa 221 Ahli Parlimen Masih Membisu β Rakyat Tunggu Suara di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 28 Okt β Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) melahirkan rasa kecewa terhadap sikap membisu 221 Ahli Parlimen yang masih belum bersuara mengenai nasib jutaan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terdesak dan terus bergelut dengan tekanan kos sara hidup.
Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan e-mel rasmi kepada kesemua 221 wakil rakyat bagi memohon agar isu tuntutan pengeluaran bersasar dibawa dan dibahaskan di Dewan Rakyat. Namun, hanya seorang Ahli Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kasim, yang tampil membangkitkan perkara tersebut baru-baru ini.
βKami amat menghargai keberanian Datuk Seri Shahidan Kasim yang menyuarakan suara pencarum di Parlimen. Namun, amat mendukacitakan apabila 221 yang lain memilih untuk berdiam diri seolah-olah nasib rakyat ini tidak penting,β katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azmi menegaskan bahawa PGIRM telah menggunakan saluran rasmi dan berhemah, termasuk surat dan e-mel berdaftar kepada semua wakil rakyat, sebagai sebahagian daripada usaha menyampaikan aspirasi pencarum yang terhimpit. Namun, keengganan majoriti Ahli Parlimen untuk menyentuh isu ini menimbulkan persoalan tentang keikhlasan mereka dalam mewakili suara rakyat.
βRakyat kini menunggu, siapa lagi yang benar-benar berani bersuara demi mereka? Kami tidak menuntut simpati, kami menuntut tanggungjawab,β ujar beliau.
PGIRM menegaskan bahawa perjuangan ini akan diteruskan secara beradab, profesional dan mengikut lunas undang-undang, termasuk dengan menggerakkan kempen kesedaran awam serta mengemukakan surat terbuka kepada YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bagi mendapatkan penjelasan rasmi.
βKami akan terus berdiri bersama rakyat. Perjuangan ini bukan tentang politik, tetapi tentang kelangsungan hidup rakyat yang makin terhimpit,β tambah Azmi.
Dikeluarkan oleh:
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

π54β€7π₯2π±1π€1
Salam dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Msia,sy perlukan jawapan jujur dr shbt pencarum! Mohon VOTEππ
Anonymous Poll
7%
Sy memilih tggu PRU16 & DS NAJIB dibebaskan
93%
Sy memilih teruskan MENDESAK walaupun belum ada jawapan tuntas?
π22β€7π₯6
KENYATAAN UMUM KEPADA PENCARUM
PGIRM Hantar Surat Rasmi Kepada PMX Demi Suara 1 Juta Pencarum
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) hari ini mengesahkan bahawa satu surat rasmi telah dihantar melalui email kepada Perdana Menteri, Datoβ Seri Anwar Ibrahim (PMX) bagi menyuarakan kebimbangan jutaan pencarum KWSP yang masih terpinggir daripada skim pengeluaran bersasar.
PGIRM menegaskan bahawa perjuangan ini bukan bermotif politik, tetapi atas dasar tanggungjawab moral dan kebajikan rakyat yang semakin terdesak menanggung beban ekonomi. Setelah empat tahun bersabar dan berdialog secara tertib, rakyat kini menuntut tindakan nyata bukan lagi janji dan retorik.
PGIRM menyeru agar PMX dan Kementerian Kewangan segera membuka ruang dialog rasmi bersama wakil pencarum bagi mencari penyelesaian yang adil dan berperikemanusiaan.
βKami telah menulis, kami telah menunggu, kini kami menuntut jawapan.β
AZMI MOHD TAHIR
Presiden

π’54π15β€9π₯6π±1
KENYATAAN PRESIDEN PGIRM.
Saya tahu ramai antara kita sudah penat.Setiap kali kita bersuara, kerajaan diam. Setiap kali kita berharap, kita dikecewakan lagi.
βJangan Sesekali Berhenti Percaya β Suara Kita Belum Tamat!β
Saya dengar semuanya.
Saya baca setiap komen, setiap luahan marah, kecewa, putus asa.Ramai yang kata perjuangan ini sia-sia. Ramai yang kata kerajaan tak peduli, dan PMX hanya diam melihat rakyat terus merintih.
Tapi dengar ini PGIRM tidak pernah mengalah. Dan kami tidak akan tunduk pada kekecewaan.
Kami bukan berjuang untuk pujian atau perhatian media. Kami berjuang untuk 1 juta pencarum yang masih terpinggir, yang hari ini bergelut dengan beban hidup tanpa belas ehsan.
Empat tahun kami bersuara.
Empat tahun kami menulis, menunggu dan menuntut. Dan kami akan terus menuntut selagi wang rakyat tidak dikembalikan untuk kegunaan rakyat sendiri.
Kita tidak meminta sedekah. Kita hanya menuntut hak kita. Wang itu milik pencarum, bukan milik mana-mana kerajaan.
Jika pemimpin boleh berdiam diri, rakyat tidak boleh. Jika pintu tertutup, kita ketuk lagi dengan lebih kuat, dengan lebih ramai, dengan lebih berani.
PGIRM akan terus ke depan. Kita tidak akan berhenti hanya kerana mereka tidak menjawab. Kita akan teruskan sampai suara rakyat ini benar-benar didengari!
Perjuangan ini belum tamat. Kita masih di sini, demi rakyat!

π46β€37π₯12π3π€3π±1
Untuk makluman shbt pencarumππ
PERJUANGAN INI BUKAN SOAL SIAPA BERKUASA β INI SOAL HAK KITA!
Ramai kata βTukar kerajaan dulu baru boleh lulus pengeluaran.β
Tapi bagi PGIRM, perjuangan ini bukan tentang siapa di atas, tapi tentang siapa yang sedang susah di bawah.
Kita tidak menentang sesiapa, kita hanya menuntut hak pencarum wang kita sendiri.
PGIRM akan terus bersuara dengan tertib, berfakta dan konsisten.
Kerana akhirnya, yang kita perjuangkan ialah rakyat yang sedang bergelut untuk hidup, bukan kuasa politik mana-mana pihak.
#SuaraPencarum #HakKitaBersama
#Bersasarmasihrelevan

π42π15π₯13β€5π2π±1
πSEKADAR INGIN TAHU...
Cuba kita tanya diri kita satu perkara:
Jika kita BERHENTI bersuara, siapa lagi yang akan suarakan NASIB pencarum?
Kita bukan marah kerana benci - Kita bersuara kerana sayang pada hak sendiri. Selagi ada suara, selagi itu perjuangan ini hidup!
β οΈ Jangan biar keadilan pencarum dikuburkan dalam diam.
π₯ PERJUANGAN INI BELUM TAMAT!

β€81π«‘8π₯5π±1
PGIRM MENZAHIRKAN KEBIMBANGAN KWSP 65 TAHUN?
PGIRM menzahirkan kebimbangan terhadap cadangan Bank Dunia yang mencadangkan umur pengeluaran KWSP dinaikkan kepada 65 tahun.
Bagi ramai pencarum, usia 55 tahun adalah tempoh kritikal untuk menampung hutang, pendidikan anak, dan kelangsungan hidup selepas puluhan tahun menyumbang kepada KWSP.
Kami ingin menegaskan bahawa hak pencarum mesti didahulukan sebelum sebarang perubahan dasar dibuat.
KENYATAAN PENUH AKAN DIKELUARKAN SELASA, 4 NOVEMBER 2025.
#KWSP #HakRakyat

π±39π’21π₯6β€5π2
Tekanan Kewangan Pencarum.
Ramai pencarum kini terpaksa berhutang untuk terus hidup. Kami ingin tahu sumber pinjaman paling ramai bergantung. Soalan Poll: Sumber pinjaman utama pencarum sekarang? Terima kasih atas kerjasama.

29%
Bank / institusi rasmi
3%
Koperasi / majikan
4%
Kad kredit
54%
Pinjaman luar / individu
10%
Tiada pinjaman
π’28π±2
βRamai dah mula tanya soalan iniβ¦Duit KWSP kita masih ada ke?β
Soalan ni makin ramai pencarum tanya. Ramai pencarum risau tapi sampai hari ni, belum ada jawapan yang betul-betul meyakinkan.
PGIRM takkan diam.
Kami terus desak KWSP & kerajaan jelaskan dengan telus kedudukan sebenar dana pencarum.
Duit ni hasil titik peluh rakyat hak kita untuk tahu.
#Suarapencarum
#Bersasarmasihrelevan
#Pengeluaranakaun1

π₯48π3π3π±2
Sekadar pandangan peribadi saya yg tidak seberapaβ¦
Ramai yang tertanya-tanya, kenapa pula Bank Dunia mahu masuk campur dalam hal umur pengeluaran KWSP?
Bagi saya, isu ini bukan semata-mata soal ekonomi atau umur bersara. Ia soal hak rakyat terhadap wang hasil titik peluh sendiri.
Dasar KWSP sepatutnya dibentuk berdasarkan realiti kehidupan rakyat Malaysia, bukannya saranan pihak luar yang mungkin tidak memahami beban sebenar yang ditanggung pencarum dari kos sara hidup hingga tekanan hutang harian.
Kita tidak menolak pandangan luar, tapi keputusan tentang hak rakyat Malaysia mesti ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri.
#IsuKWSP #WorldBank #HakPencarum #SuaraRakyat

π₯62π8β€1π1
"Sebagai TUPAI, kita tak perlu ganas untuk melawan DURIAN.
Cukup dengan strategi, keberanian dan kebijaksanaan.
Suara pencarum bukan untuk menentang tapi untuk menegur dengan hikmah demi kebaikan bersama."
#PGIRM #SuaraPencarum #StrategiRakyat #BijakBersuara

β€74π18π₯11π±2
Salam maghrib dan selamat malam shbt pencarum seluruh Msia..
Utk makluman ini respon dari syππ
π£ PGIRM: JANGAN JADIKAN CADANGAN BANK DUNIA ALASAN SEKAT HAK PENCARUM
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengambil maklum laporan media hari ini mengenai gesaan MTUC dan PPKM agar kerajaan meneliti cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur pengeluaran penuh KWSP.
PGIRM berpandangan bahawa cadangan menaikkan umur pengeluaran penuh bukan jalan penyelesaian, sebaliknya akan menambah beban kepada jutaan pencarum yang masih bergelut dengan kos sara hidup dan hutang isi rumah.
Hak pencarum terhadap simpanan mereka tidak wajar ditangguhkan atas alasan kesesuaian umur. Rakyat berhak menentukan bila dan bagaimana wang mereka digunakan selaras dengan prinsip kebebasan ekonomi individu.
Kami menyeru kerajaan untuk tidak tunduk kepada cadangan luar yang tidak memahami realiti rakyat Malaysia, sebaliknya memperkukuh jaringan keselamatan sosial tempatan dan memastikan kesejahteraan pencarum diutamakan.
π Rujukan:
Laporan Berita Harian (1 November 2025)
π https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/11/1466341/mtuc-ppkm-gesa-kerajaan-perhalusi-cadangan-bank-dunia-naikkan-had
π£ PGIRM akan terus bersuara demi hak dan masa depan pencarum!
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
#PGIRM #KWSP #HakPencarum #SuaraRakyat #BankDunia

Berita Harian
MTUC, PPKM gesa kerajaan perhalusi cadangan Bank Dunia naikkan had usia pengeluaran penuh KWSP
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memperhalusi secara mendalam cadangan Bank Dunia yang mahu menaikkan had usia pengeluaran penuh persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 55 kepada 65 tahun sebelum membuat keputusan mengenainya.
β€49π13π₯11π’3