CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.33K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
KENYATAAN MEDIA RASMI

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
Untuk Siaran Segera
Tarikh: 2 November 2025
Kuala Lumpur

PGIRM: Jangan Jadikan Cadangan Bank Dunia Alasan Sekat Hak Pencarum

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menegaskan bahawa cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had usia pengeluaran penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 55 tahun kepada 60 atau 65 tahun adalah tidak sesuai dengan realiti hidup rakyat Malaysia ketika ini.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, berkata pihaknya mengambil maklum kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Pertubuhan Pekerja Kebangsaan Malaysia (PPKM) yang menggesa kerajaan memperhalusi cadangan tersebut, namun PGIRM berpandangan bahawa apa jua pelaksanaan dasar tidak boleh dilakukan tanpa menilai kesan langsung terhadap pencarum yang masih bergelut dengan kos sara hidup.

โ€œCadangan menaikkan had umur pengeluaran penuh tidak wajar dijadikan alasan untuk menyekat hak pencarum. Ramai di antara mereka memerlukan simpanan itu bagi meneruskan kelangsungan hidup, bukan untuk bermewah,โ€ tegas beliau.

Menurut Azmi, realiti semasa menunjukkan sebahagian besar pencarum berpendapatan rendah sudah pun berdepan tekanan kewangan dan bergantung kepada simpanan KWSP sebagai pelindung terakhir keluarga.

โ€œPGIRM berpandangan, dasar yang adil ialah dasar yang memahami denyut nadi rakyat. Jangan jadikan laporan institusi luar seperti Bank Dunia sebagai ukuran tunggal untuk menentukan nasib pencarum di negara ini,โ€ katanya lagi.

PGIRM turut menggesa kerajaan menumpukan kepada langkah-langkah lebih konstruktif seperti:

1. Peningkatan pendapatan sebenar rakyat dan peluang pekerjaan stabil, supaya pencarum tidak terus bergantung kepada pengeluaran awal.

2. Penambahbaikan sistem jaminan sosial yang menyeluruh dan inklusif, bukan hanya menunda umur pengeluaran penuh.

3. Pelaksanaan pengeluaran bersyarat dan fleksibel, dengan garis panduan jelas bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

โ€œPGIRM sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak โ€” termasuk MTUC, PPKM dan kerajaan โ€” bagi mencari penyelesaian yang adil serta berpaksikan kepentingan rakyat,โ€ ujar Azmi mengakhiri kenyataan.

Dikeluarkan oleh:

AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
2 November 2025
๐Ÿ‘28โค7๐Ÿ”ฅ6๐Ÿ˜ฑ3
Dalam pemerhatian sy ramai pencarum meletakkan harapan bahawa perubahan politik akan membuka jalan kepada pengeluaran Akaun 1.

Namun persoalannya di sini:
Jika selepas PRU, kerajaan semasa masih kekal memerintah โ€” apakah langkah seterusnya yang wajar dilakukan oleh pencarum bagi memastikan suara pencarum tetap didengar dan hak pencarum tidak terus diketepikan?

PGIRM berpendirian bahawa perjuangan ini bukan soal siapa yang berkuasa, tetapi soal hak pencarum untuk mengurus wang simpanan mereka sendiri. Selagi keperluan pencarum tidak diambil kira, perjuangan ini belum berakhir.

#PGIRM #SuaraPencarum #Akaun1UntukRakyat
โค41๐Ÿ‘14๐Ÿ”ฅ6๐Ÿ˜ฑ1
โ€œJika rakyat masih merayu, maknanya suara mereka belum benar-benar sampai. Jika benar kerajaan mendengar, buktikan dengan tindakan โ€” bukan alasan.โ€

Kami di PGIRM tidak lagi meminta untuk didengar, kami hanya mahu suara pencarum dihargai dengan tindakan yang adil. Setiap hari, ribuan pencarum terus menunggu harapan yang belum pasti โ€” bukan untuk mewah, tetapi untuk meneruskan hidup.

๐Ÿ”Š Jika anda juga memahami perjuangan ini, bantu sebarkan suara ini. Biar sampai ke telinga mereka yang masih memejam mata.

#SuaraPencarum #PGIRM #DemiRakyat #ViralkanDenganBerhemah
๐Ÿ‘49๐Ÿ”ฅ22โค6๐Ÿ˜ฑ1
Kehidupan pencarum seperti berdiri di atas batu licin โ€”

Tarik ke kiri, tergelincir; tarik ke kanan, jatuh.

Tiada pilihan sempurna, cuma perlu bijak memilih.
๐Ÿ˜ฑ16๐Ÿ˜ข7๐Ÿ”ฅ1
Adab dan Sunnah

Salamah bin Akwa ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ berkata bahawa, beliau pernah suatu ketika duduk-duduk bersama Rasulullah ‎๏ทบ, kemudian dibawakan sekujur jenazah.

Mereka yang membawa jenazah itu memohon kepada Rasulullah ‎๏ทบ, "Mohon disolatkan jenazah ini." Sabda Rasulullah ‎๏ทบ, "Adakah dia mempunyai hutang?" Mereka menjawab, Tidak." Rasulullah ‎๏ทบ bersabda, "Apakah dia meninggalkan (mewariskan) sesuatu harta?" Mereka menjawab, "Tidak." Lalu Baginda ‎๏ทบ mensolatkan jenazah itu.

Kemudian dibawakan jenazah lain dan mereka memohon, "Wahai Rasulullah, solatkan jenazah ini." Sabda Rasulullah ‎๏ทบ, "Adakah dia mempunyai hutang?" Mereka menjawab, "Ya." Rasulullah ‎๏ทบ bersabda, "Apakah dia meninggalkan sesuatu harta (untuk membayar hutang)?" Mereka menjawab, "Tiga dinar." Lalu Baginda ‎๏ทบ mensolatkan jenazah itu.

Kemudian datang jenazah ketiga. Mereka memohon, "Mohon disolatkan jenazah ini." Sabda Rasulullah ‎๏ทบ, "Adakah dia mempunyai hutang?" Mereka menjawab, "Tiga dinar." Lalu Baginda ‎๏ทบ bersabda, "Biar kalianlah yang bersolat atas jenazah sahabat kalian ini." Lalu Abu Qatadah berkata, "Mohon solatkan ke atas jenazah ini wahai Rasulullah, aku akan menanggung hutangnya." Lalu Baginda ‎๏ทบ mensolatkan jenazah itu."

Hadis Riwayat Bukhari
โค25๐Ÿ”ฅ1
Perkembangan Terkini.

Untuk makluman shbt pencarum seluruh Msia๐Ÿ‘‡

3 November 2025

PGIRM EMAIL SURAT RASMI KEPADA KERAJAAN โ€” DEMI SUARA 1 JUTA PENCARUM

Kami di Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) hari ini telah menghantar surat rasmi kepada Kementerian Kewangan Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyuarakan kebimbangan serta harapan jutaan pencarum yang masih menunggu keadilan dalam isu pengeluaran Akaun 1.

Kami tidak lagi meminta untuk didengar โ€” Kami hanya mahu suara pencarum dihargai dengan tindakan yang adil.

Setiap hari, ribuan pencarum terus menunggu harapan yang belum pasti.
Bukan untuk hidup mewah, tetapi untuk meneruskan kehidupan.

PGIRM kekal berpendirian tegas:
โœ…๏ธ Tindakan lebih penting daripada alasan.
โœ…๏ธ Keprihatinan mesti diterjemah kepada keputusan.

Sebagai bukti komitmen kami, salinan surat rasmi PGIRM kepada kerajaan dilampirkan bersama(ada di page FB PGIRM) untuk rujukan umum dan pengetahuan semua pencarum di seluruh negara.

Kami mohon seluruh pencarum untuk kongsikan dan viralkan mesej ini, agar suara rakyat sampai ke telinga yang sepatutnya mendengar.

๐Ÿ’ชDemi pencarum terdesak โ€“ bukan untuk mewah, tetapi untuk hidup.

P/S Kita tunggu maklumbalas dr MOF & KWSP
๐Ÿ‘70๐Ÿ”ฅ12โค7๐Ÿ˜ฑ1
Utk makluman shbt pencarum Msia,ini makluman dlm email yg dihantar๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Permohonan Semakan Semula Dasar Pengeluaran Akaun 1 KWSP โ€“ Demi Pencarum Terdesak

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Menteri Kewangan Malaysia
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

Salinan Kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
HQ KWSP Kwasa Damansara Kuala Lumpur

Tuan,

PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA DASAR PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

Dengan hormatnya saya merujuk kepada usaha berterusan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) sejak tahun 2021 dalam memperjuangkan hak dan suara lebih 1 juta pencarum terdesak yang memohon pengeluaran bersasar daripada Akaun 1 KWSP.

2. PGIRM sebelum ini telah menyerahkan laporan hasil kaji selidik melibatkan 320,000 pencarum serta 80 video rintihan rakyat yang disampaikan terus kepada pihak kementerian dan pengurusan KWSP. Namun sehingga kini, tiada sebarang maklum balas rasmi diterima dan dasar sedia ada masih tidak memberi ruang kepada pencarum terdesak untuk bernafas semula dari segi ekonomi.

3. Kami memahami keprihatinan kerajaan terhadap kepentingan simpanan hari tua. Namun, perlu ditekankan bahawa rakyat sedang menghadapi realiti hari ini yang jauh lebih mendesak โ€” peningkatan kos sara hidup, kehilangan pekerjaan, dan tekanan kewangan pasca pandemik yang belum pulih sepenuhnya.

4. Sehubungan itu, PGIRM memohon agar pihak Kementerian Kewangan dan KWSP menilai semula dasar pengeluaran Akaun 1 dengan membuka ruang kepada pengeluaran khas bersasar sekali lagi, menggunakan pendekatan terkawal dan berperaturan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

5. Kami percaya langkah ini bukan sahaja membantu rakyat keluar daripada tekanan hutang, tetapi turut merangsang semula ekonomi domestik secara langsung.

Sekian, terima kasih di atas perhatian dan tindakan segera pihak YB Menteri.

โ€œDemi Suara Pencarum โ€“ Demi Keadilan Sosialโ€

Yang benar,

(AZMI MOHD TAHIR)
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
โค86๐Ÿ‘11๐Ÿ”ฅ5๐Ÿ˜ฑ1
BANK DUNIA PERLU TURUN MELIHAT REALITI RAKYAT โ€“ BUKAN BERCAKAP ATAS ANGKA DAN LAPORAN SAHAJA

PGIRM mengambil maklum kenyataan Bank Dunia hari ini bahawa laporan mereka sebenarnya tertumpu kepada PENCEN SOSIAL, bukan KWSP.

Namun, rakyat perlu faham PENCEN SOSIAL yang dimaksudkan ialah BANTUAN Asas atau ELAUN kecil Kerajaan kepada Warga emas yang tiada simpanan KWSP atau tidak layak menerima pencen Kerajaan.

Isu yang dibangkitkan rakyat dan PGIRM sejak awal bukan tentang pencen sosial, tetapi tentang hak pencarum yang masih menyimpan dalam KWSP dan kini hidup terdesak dalam usia produktif mereka.

Persoalannya:
Bagaimana Bank Dunia begitu cepat tahu keresahan rakyat Malaysia terhadap kenyataan mereka sebelum ini?

Adakah ada pihak tertentu di Malaysia yang cuba memberi gambaran seolah-olah rakyat tidak memahami konteks sebenar laporan itu demi menutup keresahan jutaan pencarum yang masih terhimpit?

PGIRM ingin tegaskan rakyat Malaysia bukan menolak reformasi persaraan, tetapi menolak keangkuhan data yang tidak berpijak pada realiti hidup.
Kami menegaskan semula, suara pencarum bukan boleh dipadam dengan kenyataan luar negara atau hujah ekonomi yang tidak memandang nasib sebenar rakyat.

PGIRM akan terus menjadi suara 1 juta pencarum dan rakyat terdesak yang menuntut keadilan serta keprihatinan sebenar.

#PGIRM #SuaraPencarum #KeadilanUntukRakyat #KWSP #PencenSosial #RealitiRakyat
๐Ÿ‘41๐Ÿ‘20๐Ÿ”ฅ9โค5
โ€œSuara Pencarum Kini Disambut Media Arus Perdanaโ€

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) berpandangan bahawa kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 2 November 2025 berhubung cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur pengeluaran penuh KWSP ternyata mendahului nada dan pandangan umum negara.

PGIRM sejak awal menegaskan bahawa:

โ€œCadangan menaikkan had umur pengeluaran penuh tidak wajar dijadikan alasan untuk menyekat hak pencarum. Dasar yang adil ialah dasar yang memahami denyut nadi rakyat โ€” bukan sekadar mengikut saranan asing.โ€

Beberapa hari selepas kenyataan PGIRM itu, Sinar Harian melalui ruangan Lidah Pengarang bertajuk โ€œPengeluaran KWSP: Tak perlu ikut saranan asingโ€ (3 November 2025) turut menzahirkan pendirian yang senada, menyeru kerajaan agar tidak menurut cadangan luar yang tidak berpijak pada realiti hidup rakyat Malaysia.

๐Ÿ”— Rujukan: Sinar Harian โ€“ Pengeluaran KWSP: Tak perlu ikut saranan asing
https://www.sinarharian.com.my/article/755141/suara-sinar/lidah-pengarang/pengeluaran-kwsp-tak-perlu-ikut-saranan-asing

Ini membuktikan bahawa suara pencarum semakin didengari, dan PGIRM kekal di barisan hadapan memperjuangkan hak lebih sejuta pencarum yang masih bergelut dengan kos sara hidup serta tekanan kewangan pasca pandemik.

PGIRM sekali lagi menyeru agar kerajaan:

1๏ธโƒฃ Tidak menjadikan laporan Bank Dunia sebagai ukuran tunggal menentukan dasar pengeluaran KWSP.

2๏ธโƒฃ Menilai kesan sebenar kepada rakyat berpendapatan rendah yang bergantung kepada simpanan ini.

3๏ธโƒฃ Mengutamakan langkah konstruktif seperti peningkatan pendapatan sebenar dan jaminan sosial yang inklusif.

โ€œPGIRM akan terus bersuara lantang, berprinsip dan berpaksikan realiti hidup rakyat Malaysia.โ€
โค46๐Ÿ”ฅ9๐Ÿ˜ข4๐Ÿซก2
Perkongsian Khidmat Masyarakat.

๐ŸŽ—๏ธ "KITA CARI JALAN - BUKAN NOKTAH"

PGIRM telah menerima banyak aduan dan mesej yang membimbangkan daripada pencarum di seluruh negara โ€” termasuk mereka yang berada dalam tekanan emosi, dibebani hutang, diganggu pemiutang, hilang kerja, dan ada yang menyuarakan keputus asaan untuk meneruskan hidup.

Kami amat prihatin dan ingin menegaskan:

Tolong jangan hadapi keadaan ini seorang diri. Masih ada pihak yang sedia mendengar dan membantu anda, siang dan malam.

๐Ÿšจ Jika anda dalam bahaya atau terancam:

๐Ÿ“ž 999 โ€” Polis & Ambulans (untuk kecemasan segera)
๐Ÿ“ž Talian Kasih (KPWKM) โ€“ 15999 / WhatsApp 019-261 5999 (24 jam โ€“ bantuan emosi, kebajikan & keganasan rumah tangga)
๐Ÿ“ž Befrienders KL โ€“ 03-7627 2929 (24 jam โ€“ sokongan emosi & pencegahan bunuh diri)

Talian Sokongan & Kaunseling Tambahan:

๐Ÿ“ž MIASA (Mental Illness Awareness & Support Association) โ€“ 03-7932 1409 (Isninโ€“Jumaat, 9 pgโ€“5 ptg)
๐Ÿ“ž Talian HEAL (Kementerian Kesihatan) โ€“ 15555 (24 jam โ€“ kesihatan mental & tekanan hidup)
๐Ÿ“ž Womenโ€™s Aid Organisation (WAO) โ€“ 03-3000 8858 / WhatsApp 018-988 8058 (24 jam)
๐Ÿ“ž JKM Hotline Kebajikan โ€“ 03-8000 8000 (Maklumat bantuan kewangan & sosial)
๐Ÿ“ž Mental Health Crisis Helpline (Hospital Kuala Lumpur) โ€“ 03-2615 5555 (Krisis emosi & psikiatri)

PGIRM tidak mahu kehilangan sesiapa lagi kerana tekanan hidup. Anda bukan bersendirian. Bersama, kita teruskan perjuangan ini โ€“ dengan semangat, bukan keputus asaan.

#PGIRM #SuaraPencarum #KitaCariJalanBukanNoktah #KeadilanUntukRakyat #TalianKasih #Befrienders #TalianHEAL #MIASA
โค21๐Ÿ˜ข12๐Ÿ‘10๐Ÿ”ฅ1๐Ÿค1
Ramai pencarum kini sudah hilang sabar. Ada yang menulis kepada saya,

โ€œLebih baik mansuhkan saja KWSP, kalau hak pencarum pun tidak dibenarkan.โ€

Namun bagi kami di PGIRM - KWSP bukan musuh rakyat. KWSP ialah hasil titik peluh berjuta rakyat Malaysia yang bekerja siang malam demi masa depan keluarga.

Apa yang pencarum tuntut bukanlah kemewahan, tetapi keadilan untuk menggunakan simpanan sendiri ketika terdesak bukan menunggu hingga hari tua dalam kesusahan.

Suara pencarum tidak harus dinafikan. Cukuplah janji dan alasan, yang rakyat perlukan kini ialah tindakan.

#SuaraPencarum #PGIRM #DemiRakyat
โค51๐Ÿ”ฅ13๐Ÿ‘6๐Ÿ™2๐Ÿ˜ฑ1
KENYATAAN MEDIA RASMI

Fakta di Sebalik Akaun Fleksibel โ€“ 1 Juta Pencarum Masih Tidak Terbela

Kuala Lumpur, 4 November 2025

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menzahirkan kebimbangan serius terhadap laporan media bertajuk โ€œPendekatan Fleksibel Untuk Hari Tuaโ€ (Sinar Harian, 2 November 2025) yang menggambarkan seolah-olah sistem Akaun Fleksibel KWSP mampu menyelesaikan keperluan mendesak rakyat ketika ini.

Hakikatnya, lebih sejuta pencarum masih berada dalam keadaan terdesak bergelut dengan komitmen hidup, hutang tertunggak dan tekanan ekonomi yang semakin menghimpit. Walaupun pendekatan โ€œfleksibelโ€ disebut sebagai langkah jangka panjang, ia masih belum menjawab realiti kehidupan harian rakyat yang kekurangan tunai dan peluang kerja stabil.

PGIRM menegaskan, sejak 21 Julai 2021, pelbagai usaha telah dilakukan bagi menyampaikan suara pencarum kepada kerajaan termasuk penyerahan memorandum ke Pejabat Perdana Menteri, Parlimen dan Istana Negara, kenyataan media berkala, solidariti aman di lokasi strategik, penghantaran e-mel rasmi kepada 222 Ahli Parlimen, serta pengumpulan lebih 320,000 respon kaji selidik ramai rakyat yang meluahkan rintihan sebenar pencarum.

Namun hingga kini, suara itu masih tidak diberi perhatian sewajarnya.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, berkata bahawa rakyat tidak menolak konsep simpanan hari tua, tetapi dasar itu perlu bersifat manusiawi dan fleksibel dalam menghadapi tekanan hidup hari ini.

โ€œKami tidak lagi meminta untuk didengar โ€” kami hanya mahu suara pencarum dihargai dengan tindakan yang adil. Setiap hari, ribuan pencarum terus menunggu harapan yang belum pasti; bukan untuk hidup mewah, tetapi untuk meneruskan kehidupan.โ€

PGIRM berpandangan bahawa kerajaan perlu kembali menilai keseimbangan antara โ€œmenjaga hari tuaโ€ dengan โ€œmenyelamatkan kehidupan hari iniโ€. Tiada makna masa depan yang stabil jika rakyat terus tertekan pada masa kini.

Sehubungan itu, PGIRM menyeru agar kerajaan menilai semula mekanisme Akaun Fleksibel dengan mengambil kira situasi pencarum terdesak termasuk kemungkinan pengeluaran terkawal daripada Akaun 1 sebagai langkah khas keadilan sosial.

PGIRM juga berharap agar liputan media pada masa akan datang dapat memberi ruang yang lebih seimbang kepada pandangan rakyat di lapangan, agar suara pencarum tidak terus tenggelam dalam naratif tunggal.

โ€” TAMAT โ€”

Rujukan:
Sinar Harian, 2 November 2025 โ€“ โ€œPendekatan Fleksibel Untuk Hari Tuaโ€
https://share.google/fOrrOPaU3oT9CHUkQ
๐Ÿ˜ข26๐Ÿ”ฅ13๐Ÿ‘5โค4
Utk makluman shbt pencarum seluruh Malaysia, sy bertekad utk keluar dari Hospital ini diam2 utk sy panjat Parlimen bertemu dgn YB kerajaan tanpa ikut protokol kerana sy dh xboleh tahan lg dgn mslh shbt pencarum diluar sana yg sgt2 terhimpit suara mrk tidak didengar.

Sehubungan dgn itu sy merayu dan mohon kerjasama dan penglibatan shbt pencarum masuk Page FB Pgirm kasi LIKE & SHARE seberapa byk yg boleh!๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://www.facebook.com/share/p/1BfaCscAhp/

Sekian,terima kasih.
โค108๐Ÿ”ฅ24๐Ÿ‘13๐Ÿ˜ข7๐Ÿ˜ฑ3
๐Ÿ”ŠSUARA YANG MASIH BELUM DIDENGAR

Dua hari lalu, PGIRM telah menghantar Surat Terbuka kepada Kerajaan Malaysia, diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Kewangan (MOF) pada 3 November 2025.

Langkah ini bukan untuk mencari publisiti tetapi demi menyampaikan suara jutaan pencarum yang terus menanggung beban hidup tanpa ruang kelegaan.

PGIRM tidak lagi meminta untuk didengar. Kami hanya mahu suara pencarum dihargai dengan tindakan yang adil.

Setiap hari, ada pencarum yang berdepan tekanan hidup kehilangan kerja, diburu hutang, malah ada yang hampir berputus asa. Mereka bukan mahu hidup mewah, mereka hanya mahu meneruskan hidup hari ini sementara masih ada tenaga untuk bekerja dan berjuang.

Kami menyeru kerajaan untuk berani memilih keberpihakan. Sama ada bersama rakyat, atau terus bersembunyi di sebalik alasan โ€œhari tuaโ€ yang belum tentu sempat dikecapi.

Berikut salinan rasmi Surat Terbuka PGIRM kepada Kerajaan Malaysia yang telah diserahkan kepada MOF untuk perhatian dan tindakan lanjut.

#SuaraPencarum
๐Ÿ‘94๐Ÿ”ฅ9โค7๐Ÿ‘4๐Ÿ˜ฑ1