CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.22K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
3K links
Download Telegram
πŸ”₯40❀2
Allahuakbar benarkah perkabaran ini?πŸ™„πŸ™„πŸ˜³πŸ˜³πŸ˜ͺπŸ˜ͺ
Jika benar sy meyusun 10jari kemaafan dan maafkan sy halakan makan minum jika ada sebelum ini,jika nk ganti semula sy mmg tiada kemampuan,tuntut nnt diakhiratπŸ™πŸ™πŸ™
😒29❀5
πŸ“’ HARI PENCARUM KWSP BERSAMA YB DS SHAHIDAN KASSIM DI PARLIMEN

Assalamualaikum / Salam Sejahtera Shbt Pencarum Seluruh Malaysia,

Satu pelan tindakan rasmi telah diaturkan bagi pelaksanaan perjumpaan khas β€œHari Pencarum KWSP Bersama YB DS Shahidan Kassim di Parlimen Malaysia”, yang dijangka berlangsung pada sesi pembukaan Parlimen Malaysia pada bulan Jun 2026 akan datang, tertakluk kepada pengesahan akhir pihak berkaitan.

Inisiatif ini digerakkan bagi membawa suara pencarum secara terus ke peringkat Parlimen, khususnya berkaitan isu kos sara hidup, simpanan persaraan dan tekanan kewangan rakyat.

πŸ“ Tajuk Program:
Hari Pencarum KWSP Bersama YB DS Shahidan Kassim di Parlimen Malaysia

πŸ“ Tempat:
Parlimen Malaysia

πŸ“… Tarikh:
Sesi pembukaan Parlimen (Jun 2026 – tertakluk pengesahan rasmi)

πŸ‘₯ Kapasiti Penyertaan:
Terhad kepada 100 orang pencarum sahaja

πŸ”΄ BAGI PERSEDIAAN AWAL PENDAFTARAN PESERTA DIPERLUKAN

Ahli yang berminat untuk menyertai diminta menghantar maklumat berikut kpd Pn Raihana & Puteri Fira Affendy untuk tujuan saringan dan penyelarasan rasmi:

(Google Form Akan Dikongsi Kemudian)

⚠️ PERHATIAN PENTING

- Penyertaan adalah tertakluk kepada pengesahan dan pemilihan akhir
- Senarai peserta akan digunakan bagi tujuan koordinasi keselamatan dan pendaftaran akses ke Parlimen
- Maklumat peribadi hanya digunakan untuk tujuan rasmi program ini sahaja
- PGIRM mengekalkan komitmen terhadap pengurusan data secara beretika dan selamat

Inisiatif ini adalah sebahagian usaha berterusan untuk memastikan suara pencarum tidak lagi dipinggirkan dalam proses dasar negara.

Sekian, terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘38πŸ”₯10❀8πŸ‘5😒2
Ramai yg bertanya, sy hny mampu jwb begini sajeπŸ‘†πŸ‘†πŸ™πŸ™πŸ™
❀1
Nak jwb apa pd komen shbt pencarum imran yusof ini?πŸ‘†πŸ‘†bg idea
❀9
Hari Pencarum KWSP β€” Mari kita bersuara!
Di Parlimen Malaysia,
bersama YB DS Shahidan Kassim, perjuangan pencarum diteruskan πŸ”₯
⚠️ Jangan tunggu saat akhir β€” pencarum yang ingin mempertahankan HAK, sila isi form ini segera!
#KWSP #HariPencarum #Parlimen #SuaraKita #Rakyat

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdNE3j73qU_SqA0EJGNG-OcFlwRFqwRpNxZpuBVcZpTDtnSSg/viewform?usp=publish-editor
πŸ‘59πŸ”₯18❀3😒3
Salam dan slmt pg shbt pencarum semua fyi pg ini berjumpa dgn pakar neuro utk mengetahui keputusan sel otak yg dikatakan ada perubahan simptom..berdebar apa pun sy serqh pd yg maha kuasa. Shbt2 semua teruskan mendesak hgga ketitisan peluh terakhirπŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
πŸ”₯57❀20
Allahuakbar siapalah yg beri maklumat songsang ni?πŸ‘†πŸ‘†
Masa bila pula program pencarum kwsp bersama Ds Shahidan Kassim pd Jun 2026 hny utk 100org pencarum shj layak utk pengeluaran!πŸ™„πŸ™„πŸ˜³πŸ˜³πŸ™„πŸ™„

Aduuuhhh sakit pale bila ramai yg tidak faham tujuan sebenar program ituπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ
🀝14
Info Terkini.
Utk makluman semua ini info terkini dari Pihak KWSP 17hb April 2026
Sekian,terima kasih.

https://share.google/nG6R5bdHeFkuFTU14

#fyppppppppppppppppppppppp #bersasarmasihrelevan #StopskimpencenKWSP #Pengeluaranakaun1
😒23❀3
Hari Pencarum KWSP β€” Mari kita bersuara!
Di Parlimen Malaysia,
bersama YB DS Shahidan Kassim, perjuangan pencarum diteruskan πŸ”₯
⚠️ Jangan tunggu saat akhir β€” pencarum yang ingin mempertahankan HAK, sila isi form ini segera!
#KWSP #HariPencarum #Parlimen #SuaraKita #Rakyat

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdNE3j73qU_SqA0EJGNG-OcFlwRFqwRpNxZpuBVcZpTDtnSSg/viewform?usp=publish-editor
πŸ‘35😒5πŸ”₯4❀3
πŸ”΄ KENYATAAN PENJELASAN RASMI PGIRM

Saya menerima banyak pertanyaan dan mendapati terdapat dalam kalangan pencarum yang salah anggap berhubung program β€œHari Pencarum KWSP Bersama YB DS Shahidan Kassim di Parlimen”.

Justeru, ingin ditegaskan bahawa program ini adalah bukan satu himpunan, bukan solidariti jalanan dan bukan demonstrasi, sebaliknya merupakan perjumpaan rasmi di dalam Parlimen bersama YB DS Shahidan Kassim bagi tujuan menyampaikan suara pencarum serta mengadakan perbincangan secara berstruktur dan berfakta.

Sebarang penyebaran yang menggambarkan program ini sebagai β€œhimpunan” adalah tidak tepat dan boleh menimbulkan salah faham, malah berpotensi menjejaskan kelancaran urusan rasmi yang sedang diatur.

PGIRM kekal dengan pendekatan berprinsip, berfakta dan melalui saluran sah, selaras dengan matlamat membawa isu pencarum ke peringkat pembuat dasar.

Ini bukan himpunan.
Ini bukan solidariti jalanan.
Ini adalah suara pencarum yang dibawa terus ke dalam Parlimen secara rasmi, berprinsip dan berfakta.


Sekian, terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ”₯37πŸ‘17❀15😒1
KENYATAAN MEDIA

Untuk Edaran
Ahad 19 April 2026

β€œLebih 24,000 Hilang Kerja, PGIRM: Bantuan Tidak Memadai Tanpa Pengeluaran KWSP Bersasar”

KUALA LUMPUR,

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) berpandangan bahawa tekanan kos sara hidup yang berterusan, ditambah dengan ketidaktentuan ekonomi global, kini memberi kesan semakin ketara kepada rakyat Malaysia.

Situasi ini turut diburukkan dengan perkembangan pasaran pekerjaan apabila lebih 24,000 pekerja dilaporkan diberhentikan kerja, sekali gus mencerminkan tekanan ekonomi yang semakin meruncing dan bukan lagi bersifat sementara.

PGIRM mengambil maklum langkah kerajaan untuk meningkatkan bantuan kepada rakyat serta cadangan pemotongan gaji menteri kabinet. Namun, persoalan utama yang perlu diberi perhatian ialah sama ada pendekatan bantuan semata-mata mencukupi untuk menangani realiti tekanan kewangan yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.

β€œBantuan boleh memberi kelegaan jangka pendek, tetapi ia tidak menyelesaikan isu kecairan sebenar yang dihadapi oleh sebahagian besar pencarum,” kata Azmi Presiden PGIRM.

Menurut beliau, ramai pencarum kini berdepan kekangan kewangan yang serius, terutama dalam mengurus komitmen harian seperti kos sara hidup, hutang dan keperluan asas.

Sehubungan itu, PGIRM mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP secara bersasar dan berperingkat, dengan cadangan minimum seperti RM10,000 dan keatas subjek kepada baki terkini sedia ada, khusus kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.

Langkah ini, menurut PGIRM, bukan sahaja membantu rakyat dari sudut kecairan kewangan, malah berpotensi merangsang perbelanjaan domestik serta menyokong pemulihan ekonomi negara melalui aktiviti ekonomi dalaman.

Dalam masa yang sama, PGIRM menegaskan bahawa sebarang pelaksanaan perlu disertai dengan garis panduan yang jelas bagi memastikan keseimbangan antara keperluan semasa dan keselamatan simpanan jangka panjang pencarum.

β€œIni bukan soal populisme. Ini soal kelangsungan hidup rakyat.”

PGIRM turut menegaskan komitmennya untuk terus membawa suara pencarum ke peringkat pembuat dasar agar pendekatan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan dalam menangani cabaran ekonomi semasa.

Sekian.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
πŸ‘48❀10πŸ‘1😒1
Sy seru semua shbt pencarum masuk link iniπŸ‘‡πŸ‘‡dan komen berjemaah,luahkan segalanya terutama yg kehilangan kerja

https://www.facebook.com/share/p/1HW781yzsX/
😒8
Sy terima msg dr pencarumπŸ‘‡πŸ‘‡
"Weiiii azmi k ni xhabis2 mendesak kwsp! Tgk pencarum lain rata2 ramai dh move dan xde nk mendesak tp ko xhenti2 x penat ke? Sudah2 la xkan dpt hgga air mata darah!"

Ini jawapan balas sy:

Terima kasih atas pandangan.
Setiap orang ada pilihan masing-masing β€” ada yang memilih untuk β€œmove on”, dan ada juga yang masih berdepan kesukaran kewangan.

Peranan kami adalah untuk memastikan suara golongan yang masih terkesan ini terus dibawa ke perhatian pembuat dasar.

Ini bukan soal tidak penat, tetapi soal tanggungjawab.
πŸ‘72❀7😱3
MyKad Generasi Baharu Dijangka Bermula Jun 2026

Kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dijangka akan memperkenalkan MyKad versi baharu bermula Jun 2026. Kad ini akan menggantikan MyKad lama yang telah digunakan sejak tahun 2012.
Ringkasan MyKad Baharu 2026:

1. Ciri Keselamatan & Teknologi

- Kod QR
Ini perubahan paling ketara. MyKad baharu akan ada kod QR di bahagian luar kad untuk semakan identiti yang lebih cepat dan selamat oleh pihak tertentu.

- Cip Lebih Canggih
Menggunakan cip dengan kapasiti simpanan lebih besar dan sistem keselamatan (enkripsi) yang lebih kuat bagi mengelakkan pemalsuan dan kebocoran data.

- Biometrik Lebih Maju
Akan dilengkapi dengan 10 ciri keselamatan cap jari, serta teknologi imbasan muka dan mata (iris) yang lebih tepat.
πŸ‘31😱9❀4πŸ‘3πŸ”₯1πŸ™1